web widgets

Khamis, 17 Oktober 2013

Program Ibadah Korban 2013

Ibadah korban anjuran Unit Dakwah Panatia Pendidikan Islam, PIBG dan KISB, Sek. Dato' Alaudin Selinsing telah berlansung dengan jayanya pada 17hb. Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 Hijrah. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan, diikuti dengan agihan daging korban, tahlil dan doa selamat, dan gotong royong memasak untuk jamuan pelajar-pelajar dan tetamu yang hadir. Terima kasih pada semua yang datang membantu menjayakan majlis ini. Semoga diberkati Allah.












Ahad, 6 Oktober 2013

Rombongan ke Melaka dan Kuala Lumpur

Seramai 76 orang murid dan guru telah mengikuti rombongan ke Melaka dan Kuala Lumpur pada 4  hingga 6 Oktober 2013. Pihak PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama dari pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YB Dr. Norazmi Ghazali, YB Dato' Sham Mat Sahat, ibubapa dan guru-guru SKDA.